Kilang Sublimation Printing Baju (Malaysia)
Sedang mencari sublimation printing baju untuk T-Shirt dan cenderahati? Di sini kami terangkan maksud, proses, kelebihan dan anggaran tempoh siap supaya anda membuat tempahan dengan yakin.
Apa itu sublimation printing baju
Sublimation ialah kaedah memindahkan rekaan daripada printer ke kertas sublimation, kemudian ke material melalui haba dan tekanan (heat press). Dakwat bertukar menjadi gas dan meresap ke dalam gentian kain. Hasilnya tahan lama, tidak mudah luntur dan selesa dipakai.

Bahan & permukaan yang sesuai
Teknik ini berkesan pada polyester atau permukaan yang mempunyai lapisan ‘coating’. Tanpa lapisan ini, imej tidak dapat dipindahkan dengan baik. Produk popular: T-shirt, jersi, mug, lanyard dan lain-lain.
Proses kerja (ringkas)
Sedia artwork di komputer.
Cetak artwork ke kertas sublimation menggunakan printer khas.
Heat press – pindahkan rekaan ke kain/polyester pada kira-kira 230°C.
Jahit/pasang mengikut saiz & potongan.
QC & pembungkusan.
Hantar/serah kepada pelanggan.
Tempoh siap lazimnya 14 hari bekerja, bergantung pada rekaan dan kuantiti.

Kelebihan sublimation printing baju
Tiada had warna; sesuai rekaan penuh warna dan gradien.
Warna kekal terang walaupun dibasuh berulang kali.
Cetak penuh (all-over) pada jersi/produk polyester.
Harga berpatutan mengikut kuantiti dan spesifikasi.
Hubungi kami
Oh! T-Shirt berpengalaman >10 tahun dalam percetakan pakaian & cenderahati. Untuk tempahan baju, jersi pasukan atau produk promosi, hubungi +60 14-735 8412 atau kunjungi showroom kami di Seksyen 7, Shah Alam. Anda Juga boleh lihat katalog katalog yang sedia ada untuk jadikan sumber inspirasi idea baju anada di Rekaan Jersi

LOKASI SHOWROOM
Kedai Sublimation (Oh! T-Shirt)
21, Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)





Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!